Home English News “Apakah Motif PAS?” – Ganabatirau

“Apakah Motif PAS?” – Ganabatirau

949
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA, YB GANABATIRAU VERMAN, AHLI EXCO NEGERI SELANGOR MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KOTA KEMUNING

Apakah Motif PAS?

Adakah Malaysia, negara tercinta kita sebuah negara Islam atau Sekular?

Lebih tepat lagi, adakah Perlembagaan menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara Islam? Islam sebagai agama rasmi adalah berbeza dengan konsep Malaysia negara Islam. Tunku Abdul Rahman pada suatu ketika telah menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah negara sekular. Bagi saya, ini sudah memadai untuk menerangkan maksudnya tersendiri.

#TamilSchoolmychoice

Pengumuman Timbalan Menteri Agama semalam bahawa terdapat 4 undang-undang baru yang sedang digubal oleh JAKIM termasuk undang-undang bagi mengawal pengembangan agama bukan Islam telah mencetuskan kebimbangan di kalangan bukan Islam. Kenapa JAKIM perlu keluarkan satu undang-undang baru yang memberikan kuasa untuk mengawal bukan Islam? Apakah kuasa yang ada pada JAKIM? Perlembagaan Perkara 11(4) dengan jelas menerangkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.

Bukankah ini telah jelas menerangkan sekatan yang ada pada agama lain?

Pengumuman Timbalan Menteri menunjukkan PAS sebuah parti yang tidak boleh mentadbir negara yang berbilang kaum dan agama. Setiap agama dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Pengumuman Timbalan Menteri daripada Kerajaan BN tidak mencerminkan konsep Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Malaysia tidak memerlukan undang-undang ini tetapi ia memerlukan satu undang-undang keharmonian kaum bagi mengukuhkan perpaduan kaum.

Namun, apa yang menghairankan ialah ketiadaan rakan-rakan Melayu Islam yang menyuarakan ketidakadilan bagi mewujudkan undang-undang yang menyekat kebebasan bukan Islam. Saya menyeru Kerajaan BN/PN ‘set your priorities right’ dan jangan ganggu keharmonian yang sedia ada!