Home English News Cuti tanpa rekod sempena perayaan Hari Deepavali

Cuti tanpa rekod sempena perayaan Hari Deepavali

889
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI M.SARAVANAN, MENTERI SUMBER MANUSIA 

CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI

1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah memberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu hari kepada pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu bagi perayaan Hari Deepavali, iaitu pada hari berikutnya yang menjadi tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali yang telah berkuat kuasa sejak tahun 2018.

2. Saya berharap majikan swasta dapat memperhalusi dan mempertimbangkan langkah yang sama dengan memberikan tambahan cuti satu hari iaitu pada hari kedua perayaan Deepavali yang jatuh pada hari Jumaat kepada pekerja mereka yang beragama Hindu.

#TamilSchoolmychoice

3. Ini memandangkan selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk diluangkan bersama keluarga sempena sambutan perayaan Deepavali.

DATUK SERI M.SARAVANAN
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA