Home English News Pengambilan dan Penggajian Pekerja Asing di Malaysia – Kenyataan Media oleh Menteri...

Pengambilan dan Penggajian Pekerja Asing di Malaysia – Kenyataan Media oleh Menteri Sumber Manusia

762
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATUK SERI M.SARAVANAN, MENTERI SUMBER MANUSIA

“PENGAMBILAN DAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA”

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 telah bersetuju untuk saya menandatangani Memorandum Persefahaman dengan rakan sejawat saya dari Ministry of Expatriates’ Welfare & Overseas Employment, Republik Bangladesh bagi pengambilan pekerja Bangladesh di Malaysia. Kemasukan pekerja warga Bangladesh ini akan dilaksanakan sejurus MOU tersebut ditandatangani dalam masa terdekat.

2. Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah bersetuju agar pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor, selain daripada sektor perladangan yang telah dipersetujui sebelum ini. Pengambilan pekerja asing ini akan dibuka untuk sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing iaitu perladangan, pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pekhidmat domestik.

#TamilSchoolmychoice

3. Memandangkan kemasukan pekerja asing ini akan merangkumi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan dan bagi mengelakkan penularan wabak COVID- 19, Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara untuk memperhalusi Prosedur Tetap Operasi (SOP) kemasukan pekerja asing. Ini termasuklah dari aspek kuarantin bagi memastikan tiada kompromi dari segi keselamatan dan kesihatan.

4. Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut bersetuju agar pelaksanaan levi pelbagai peringkat (Multi-tier Levy) ditangguhkan dari 1 Januari 2022 kepada 1 Julai 2022 untuk tidak membebankan majikan.

DATUK SERI M.SARAVANAN
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA
10 DISEMBER 2021