KENYATAAN MEDIA DATUK SERI M.SARAVANAN MENTERI SUMBER MANUSIA
PENDIRIAN MALAYSIA BERHUBUNG MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PEKHIDMAT DOMESTIK INDONESIA
1. Saya ingin menegaskan bahawa saya dan Menteri Dalam Negeri YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, mempunyai matlamat yang sama iaitu melindungi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja warga Indonesia di dalam Negara. Ini terutamanya membabitkan aspek- aspek seperti isu gaji, cuti dan kebajikan pekerja.
2. Perkara berkaitan Memorandum Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) ini telah dibincangkan dengan secara mendalam dalam beberapa siri Mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah baru-baru ini pada 9 Februari 2022.
3. Susulan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan agar Memorandum Persefahaman berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (MOU PDI) ini segera dimeterai oleh saya dan rakan sejawat saya, Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, TYT Ida Fauziyah.
4. Selain itu, saya juga ingin menasihati pekerja asing termasuk PDI tentang pentingnya untuk mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah agar hak-hak mereka sebagai pekerja adalah terjamin.
DATUK SERI M.SARAVANAN
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA