Home English News Johor kenalpasti potensi kawasan, daerah untuk disenarai di bawah UNESCO

Johor kenalpasti potensi kawasan, daerah untuk disenarai di bawah UNESCO

214
0
SHARE

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri dalam proses mengenalpasti kawasan, bangunan, daerah atau warisan di negeri ini yang boleh diangkat sebagai hab kreatif kemudiannya berpotensi untuk disenaraikan di bawah senarai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata ini adalah usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan ekonomi kreatif di Johor.

“Kita sedang merancang dan melihat potensi yang ada dan apa juga ruang kerjasama yang kita boleh buat bersama pihak UNESCO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara kawasan yang dilihat berpotensi untuk menjadi hab kreatif ialah Johor Bahru, Ayer Hitam dan Parit Sulong, masing-masing mempunyai bangunan lama yang boleh digunakan sebagai hab kreatif untuk pemain industri, katanya ketika mengulas lawatannya ke pejabat UNESCO peringkat ASEAN di Jakarta, petang semalam.

Pihaknya kini dalam proses menyiapkan Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif dalam usaha membangunkan lagi ekonomi kreatif di negeri ini.

“Saya harap pelan tindakan itu boleh siap sebelum sesi pembentangan bajet akan datang, dalam bulan September atau Oktober tahun ini,” kata Sheikh Umar.

Menurut beliau, hasil perbincangan dengan pihak UNESCO juga banyak memberi pendedahan selain pihak UNESCO turut memberi panduan dalam membuat pelan tindakan berkenaan.

– BERNAMA

Comments