Home English News Parlimen Malaysia miliki kedai serbaneka pintar

Parlimen Malaysia miliki kedai serbaneka pintar

889
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Berkonsepkan peruncitan alaf baharu, Parlimen Malaysia melakar sejarah sebagai institusi parlimen pertama di dunia, yang mempunyai kedai serbaneka pintar tanpa tunai di kompleks bangunannya.

Kedai serbaneka dikenali sebagai Kedai Serbaneka Pintar Ximplicity itu beroperasi 24 jam tanpa tenaga kerja manusia, serta dilengkapi sistem keselamatan.

Kedai serbaneka pintar itu juga berupaya memaparkan sistem pengecaman imej terkini, yang boleh mengesan secara automatik produk yang terdapat di kedai berkenaan.

#TamilSchoolmychoice

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika berucap pada perasmian kedai itu berkata sifat ‘kecerdasan buatan’ kedai itu boleh menjadi satu kaedah kepada peruncit di seluruh negara dalam usaha mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.

“Kedai pintar ini mewakili komitmen kami untuk membawakan badan penggubalan undang-undang ini ke peringkat lebih tinggi dalam era teknologi digital. Anda juga akan menemui produk-produk buatan Malaysia dan pelbagai penawaran pada harga berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata untuk memasuki kedai berkenaan, pelanggan perlu memuat turun aplikasi BingoBox di peranti telekomunikasi pintar mereka dan mengimbas kod QR yang dipaparkan di pintu kedai.

“Pembayaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR dan membayar sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau dompet elektronik Boost serta Alipay.

— BERNAMA