Home English News MPSP, MBPP diarah ambil tindakan undang-undang terhadap kilang proses sisa sampah haram-...

MPSP, MBPP diarah ambil tindakan undang-undang terhadap kilang proses sisa sampah haram- Jagdeep

980
0
SHARE
Ad

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam pembuangan sisa sampah termasuk plastik dan sisa industri secara haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo hari ini berkata tindakan undang-undang itu bagi memberi peringatan dan teladan kepada pihak yang terlibat supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan pembuangan sisa sampah secara berleluasa.

“Kedua-dua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) juga diminta untuk menyediakan angka secara holistik yang merujuk kepada kilang-kilang haram dan juga kilang di bawah proses pemutihan supaya kerajaan negeri dapat mengesan ke mana sisa pembuangan ini akan dibuang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang memproses sisa plastik yang beroperasi secara haram di negeri ini.

Phee berkata kerajaan negeri sedang menyemak semula semua lesen yang dikeluarkan kepada kilang-kilang sisa plastik berikutan keputusan kerajaan Persekutuan menetapkan 18 syarat baharu yang perlu dipatuhi pengurus kilang memproses sisa plastik sebelum pemberian Permit Import (AP).

— BERNAMA