Home English News Gangguan bekalan air di Shah Alam dan Klang akibat paip bocor

Gangguan bekalan air di Shah Alam dan Klang akibat paip bocor

748
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM:  Gangguan bekalan air di 31 kawasan sekitar Shah Alam dan Klang sejak awal pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil di Seksyen 15, di sini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata kebocoran paip utama bersaiz 1,050mm itu mengakibatkan pengurangan air 70 juta liter sehari ke Kolam Air Lipat Kajang.

“Gangguan bekalan air tidak berjadual itu dikesan berpunca dari kerja-kerja pihak ketiga sehingga menyebabkan 99,454 pengguna terjejas.

#TamilSchoolmychoice

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan segera dan pihak kami menyasarkan kerja-kerja pembaikan disiapkan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Ambang Botanik, Johan Setia, Taman Klang Jaya, Bayu Perdana, Kem Rimba dan Persiaran Raja Muda Musa.

Katanya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau layari laman sesawang www.syabas.com.my.

— BERNAMA