Home English News Pelaksanaan semula PPSMI dikaji secara terperinci- Dr Mahathir

Pelaksanaan semula PPSMI dikaji secara terperinci- Dr Mahathir

809
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang dikaji secara terperinci dengan menyediakan sistem baharu melibatkan pengajaran melalui teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata melalui sistem itu, pengajaran yang direkod oleh guru terbaik akan diguna di setiap sekolah, supaya kecekapan guru itu dapat dinikmati semua murid dan pelajar.

“Dengan cara ini, semua penuntut akan capai hasil yang hampir sama,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu adakah PPSMI akan diperkenal semula, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Dr Mahathir berkata pihak Kementerian Pendidikan juga mengambil kira kepentingan penguasaan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa itu menjadi bahasa antarabangsa serta diperlukan untuk pengurusan dan perusahaan, selain diambil kira dalam peluang pekerjaan.

“Tidak seperti pelajaran Geografi dan Sejarah, ilmu sains bertambah sepanjang masa hasil kaji selidik pakar yang biasanya dibuat dalam bukan bahasa Melayu. Untuk menguasai ilmu yang baharu, kegunaan Bahasa Inggeris menjadi penting,” katanya.

-BERNAMA