Home English News PDRM umum 10 pertukaran pegawai kanan

PDRM umum 10 pertukaran pegawai kanan

1208
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman DCP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf antara 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 6 April depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata Ramli bakal memegang jawatan sebagai Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Pertukaran lain melibatkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang DCP Datuk Abd Razak Elias yang dilantik menjadi DCP Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman.

#TamilSchoolmychoice

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bukit Aman SAC Datuk Khalil Azlan Chik pula bakal memegang jawatan SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman.

Khalil menggantikan SAC R. Munusamy yang akan memegang jawatan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM, Kuala Lumpur.

Pertukaran itu turut menyaksikan Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas, Bukit Aman SAC Yusni Mohd Jamil dilantik sebagai Juruiring Polis kepada Perdana Menteri.

— BERNAMA