Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata Ramli bakal memegang jawatan sebagai Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.
Pertukaran lain melibatkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang DCP Datuk Abd Razak Elias yang dilantik menjadi DCP Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bukit Aman SAC Datuk Khalil Azlan Chik pula bakal memegang jawatan SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman.
Khalil menggantikan SAC R. Munusamy yang akan memegang jawatan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM, Kuala Lumpur.
Pertukaran itu turut menyaksikan Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas, Bukit Aman SAC Yusni Mohd Jamil dilantik sebagai Juruiring Polis kepada Perdana Menteri.
— BERNAMA