Home English News PKP: Penganut Kristian rai Good Friday menerusi laman sosial

PKP: Penganut Kristian rai Good Friday menerusi laman sosial

685
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Masyarakat Kristian meraikan Good Friday hari ini, bezanya tahun ini gereja tidak dipenuhi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara.

Namun larangan perhimpunan ramai di rumah ibadat susulan PKP tidak membantutkan semangat penganut Kristian apabila mereka menggunakan laman sosial bagi mengikuti upacara sembahyang menerusi dalam talian.

#TamilSchoolmychoice

Tinjauan Bernama di laman sesawang Archiodese of Kuala Lumpur tertera senarai upacara dan ceramah agama yang boleh diikuti sepanjang Minggu Suci ini.

Siaran langsung ceramah juga diadakan menerusi YouTube Archiodese of Kuala Lumpur, yang dijalankan dalam pelbagai bahasa dan diikuti lebih 6,000 penganut pada satu-satu masa.

Bermula  pada 2 petang, ceramah bertajuk Way of the Cross sedang berlangsung dengan ceramah Celebration of the Passion of the Lord dijadual berlangsung pada 3 petang.

Malacca Johor Diocese juga aktif dalam ceramah dalam taliannya sepanjang Minggu Suci dan ceramah bertajuk Good Friday akan bersiaran langsung di laman YouTubenya pada 3 petang ini.

Sementara itu, Gateway Methodist Church Kelana Jaya turut mengambil pendekatan sama dengan siaran ceramah bertajuk No Greater Sacrifice oleh Rev Justin Clarance telah berlangsung selama 24 minit di laman YouTube gereja itu.

Sebagaimana gereja lain, gereja ini juga aktif di laman rasmi Facebook dan YouTube dengan pelbagai siri ceramah dijadualkan bagi penganut.

Seperti yang dilaporkan Bernama sebelum ini, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Rev. Dr Hermen Shastri, berkata pihak gereja di negara ini akan membuat penstriman langsung upacara sembahyang dan ceramah di pelbagai platform media sosial untuk kemudahan penganut yang mempunyai akses internet.

Turut dijangkakan siri ceramah agama berlainan juga akan berlangsung sempena Easter Day yang akan disambut 12 April ini.

— BERNAMA