Home English News Kementerian Sumber Manusia menyokong Inisiatif Pelan Pemulihan Negara

Kementerian Sumber Manusia menyokong Inisiatif Pelan Pemulihan Negara

500
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA DARI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
(KSM) MENYOKONG INISIATIF PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyokong sepenuhnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bertujuan membangunkan semula negara, khususnya sektor kesihatan dan ekonomi yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

2. Peralihan Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Secara Berperingkat yang diperkenalkan menerusi PPN menyediakan panduan yang jelas kepada masyarakat untuk menghadapi tempoh pemulihan yang merangkumi empat fasa.

3. Oleh itu, KSM menggesa agar semua majikan dan pekerja dapat menjalankan tanggungjawab memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan bebas daripada jangkitan COVID-19 serta memberikan kerjasama bagi menjayakan PPN dengan mematuhi peraturan-peraturan dan Standard Prosedur Operasi (SOP) yang ditetapkan seterusnya dapat melandaikan lekuk COVID-19.

#TamilSchoolmychoice

4. Selain itu, untuk menjayakan secara berkesan Fasa Kedua dan Fasa Ketiga PPN, KSM menerusi agensi-agensi penguatkuasaan dibawahnya akan terus melaksanakan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan pelaksanaan kuasa mengkompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta342]. Kementerian sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan mahupun SOP.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Putrajaya

16 Jun 2021