Home English News “Status Permohonan Pekerja Warga Asing” – Kenyataan Media oleh Saravanan

“Status Permohonan Pekerja Warga Asing” – Kenyataan Media oleh Saravanan

873
0
SHARE
Ad

MENTERI SUMBER MANUSIA KENYATAAN MEDIA STATUS PERMOHONAN PEKERJA WARGA ASING

Permohonan oleh majikan untuk pekerja warga asing bagi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan penggajian pekerja warga asing telah mula dibuka pada 15 Februari Sehingga 16 Mac 2022, sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing telah diterima membabitkan sektor perkilangan (193,346), perkhidmatan (48,119), perladangan (36,950), pembinaan (27,331), pertanian (7,248) dan perlombongan & pengkuarian (20).

Permohonan yang diterima ini telah diproses secara berperingkat dan kelulusan bagi permohonan tersebut telah mula Ada juga majikan yang menghadiri temuduga tapi gagal disebabkan oleh dokumen yang tidak lengkap seperti gagal mengemukakan dokumen asal dan tiada penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja bagi lokasi cawangan yang dimohon.

Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan para majikan agar mengemukakan permohonan lengkap bagi mengelakkan daripada kegagalan semasa proses Pihak majikan boleh menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS), namun perlu dengan pengetahuan dan kebenaran majikan itu sendiri. Pihak majikan juga disaran untuk menggunakan khidmat APS yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 yang sehingga kini berjumlah 501 APS berlesen bagi kategori C.

#TamilSchoolmychoice

Mana-mana APS yang didapati menyalahguna atau terlibat dengan salah laku dalam permohonan pekerja asing ini boleh diadu ke Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-8886

DATUK SERI M.SARAVANAN
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA