Home English News Kenderaan rasmi mufti Perlis terbakar

Kenderaan rasmi mufti Perlis terbakar

943
0
SHARE
Ad

KANGAR: Kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin rosak teruk dipercayai akibat perbuatan khianat dalam kejadian awal pagi ini di kediamannya di Jalan  Persiaran  Wawasan di sini.

Ketua Polis Perlis Datuk Mushar Noor Mohd berkata dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam tersebut mengalami kebakaran pada bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri selain cermin belakang dan depan dipecahkan.

“Siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat kerana ada kesan pecahan cermin belakang dan bahagian botol mengandungi petrol yang dipercayai digunakan untuk tujuan membakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Noor Mushar berkata kebakaran dipadamkan oleh pasukan bomba dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Mohd Asri berkata beliau menyedari kejadian ketika sedang bersiap menunaikan solat subuh apabila isterinya memberitahu ternampak api sedang marak di luar rumah mereka.

“Saya cuba untuk padamkan api di dalam kereta menggunakan alat pemadam api dan saya cuba nak buka bahagian depan enjin tetapi gagal,” katanya kepada media ketika ditemui di kediamannya.

Mohd Asri berkata kejadian itu memusnahkan sejumlah buku miliknya yang ada di dalam kereta tersebut.

Beliau juga menolak kejadian berpunca daripada kegiatan  khianat memandangkan dua lagi kenderaannya tidak terjejas.

“Saya juga tak syak siapa-siapa. Biasalah manusia ini. Rakyat Malaysia baik dan hidup dalam aman,” katanya lagi yang menyerahkan sepenuhnya kepada  polis untuk menjalankan siasatan.

— BERNAMA