Home English News Perhilitan tahan lelaki bela anak beruang matahari, burung dilindungi

Perhilitan tahan lelaki bela anak beruang matahari, burung dilindungi

1089
0
SHARE
Ad

JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor menahan seorang lelaki yang didapati memelihara seekor anak beruang matahari dan beberapa spesies burung yang dilindungi tanpa permit, menerusi satu operasi, di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya, empat pegawai Perhilitan bertindak menyerbu sebuah permis perniagaan di Jalan Padi Makmur, Bandar Baru Uda, 4.30 petang semalam lalu menemui seekor anak beruang matahari atau beruang madu.

“Hasil pemeriksaan, seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun disyaki pemilik premis tersebut didapati memelihara haiwan yang dilindungi tanpa dokumen sah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

#TamilSchoolmychoice

“Dia kemudian ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Salman berkata selain anak beruang betina berkenaan, turut ditemui adalah sembilan ekor burung daripada spesies Rose Ring Paraket, seekor Sulfur Creasted Culcatoo (Cacature galerita) dan seekor Blue and Gold Macau (Ara ararauna).

Beliau berkata kesemua haiwan yang dianggarkan bernilai RM37,000 itu dipercayai sudah dipelihara dalam tempoh setahun ini sebagai hobi lelaki tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 60 dan Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi,” katanya.

— BERNAMA