Home English News Pemilik akaun Twitter Navin Pillai disenarai orang dikehendaki polis

Pemilik akaun Twitter Navin Pillai disenarai orang dikehendaki polis

978
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun twitter Navin Pillai kini disenarai  sebagai orang dikehendaki polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Individu berkenaan sebelum ini dilaporkan memuat naik gambar Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen jelik.

Huzir berkata semakan mendapati individu itu keluar dari negara ini sejak 2007 dan disyaki kini berada di New Zealand.

#TamilSchoolmychoice

“Tetapi kami tidak mendapat bantuan dari negara itu kerana tidak menjadi kesalahan di luar negara.

“Oleh itu, Navin diletakkan dalam senarai ‘wanted’ dan apabila dia kembali ke negara ini, tindakan akan diambil atau boleh dituduh,” katanya.

Sebelum ini, polis menerima dua laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Jalan Tun Razak dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

—  BERNAMA