Home English News Sabiha Gokcen Istanbul dinobat lapangan terbang terbaik tahun ini

Sabiha Gokcen Istanbul dinobat lapangan terbang terbaik tahun ini

800
0
SHARE
Ad

ANKARA: Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul dipilih sebagai “Lapangan Terbang Terbaik Tahun ini” pada Jumaat oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA), yang merupakan antara organisasi penerbangan terkemuka di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabiha Gokcen, Ersel Goral, menerima anugerah itu dalam satu majlis yang berlangsung di Sidang Kemuncak Penerbangan Dunia CAPA di Malta, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini daripada CAPA. Ia adalah satu pengiktirafan terhadap kisah kebangkitan kami yang luar biasa,” kata Goral.

#TamilSchoolmychoice

Beliau berkata anugerah itu juga amat bererti kerana ia berbetulan dengan tempoh 10 tahun selepas pembukaan terminal baharu lapangan terbang tersebut, yang menyaksikan peningkatan trafik melebihi enam kali ganda dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 200 juta penumpang.

Sabiha Gokcen adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Turki dan ke-12 tersibuk di Eropah, yang mengendali lebih 35 juta penumpang setiap tahun.

Anugerah Kecemerlangan Penerbangan itu, yang ditentukan oleh juri bebas antarabangsa, diberikan dalam 10 kategori.

Lapangan Terbang Sabiha Gokcen dipilih daripada lapangan terbang yang mengendali sekurang-kurangnya 30 juta penumpang.

— BERNAMA