Home English News JPN nafi dua individu miliki nombor kad pengenalan yang sama

JPN nafi dua individu miliki nombor kad pengenalan yang sama

940
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terdapat dua individu memiliki nombor kad pengenalan yang sama sebagaimana yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata kedua-dua individu tersebut memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN.

JPN menjelaskan warganegara Malaysia hanya akan diberikan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik dengan nombor tersebut dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.

#TamilSchoolmychoice

JPN tidak pernah mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada individu yang berbeza, katanya.

“Orang ramai diminta tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan  tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang tidak benar,” katanya.

Untuk maklumat berkaitan JPN, orang ramai dinasihat untuk hadir di mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di url www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-8880 7077/7067/7069/8206 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

— BERNAMA