Home English News Program ERP masih diteruskan- Saravanan

Program ERP masih diteruskan- Saravanan

856
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 16 Mac lepas, masih diteruskan dan majikan boleh mengemukakan permohonan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.

“Permohonan yang telah dibuat dan diluluskan juga akan menerima bantuan kewangan di bawah program ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program ERP adalah bantuan segera sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji oleh majikan yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan dibayar kepada pekerja melalui majikan masing-masing.

#TamilSchoolmychoice

Saravanan memaklumkan setakat semalam (1 Mei), PERKESO menerima sebanyak 27,222 permohonan daripada majikan yang membabitkan seramai 230,652 pekerja.

“Ketika ini, PERKESO masih memproses permohonan untuk ERP dan akan mengagihkan dana kepada permohonan yang telah diluluskan berdasarkan syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata Program ERP itu adalah khusus untuk pekerja swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan bergaji RM4,000 ke bawah, dengan kerajaan menyediakan peruntukan RM120 juta bagi program itu.

–BERNAMA