“Peluang pekerjaan ini akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Buat permulaan Saravanan berkata, di bawah inisiatif itu, 10 organisasi terlibat untuk menawarkan 20,000 peluang pekerjaan.
Organisasi itu ialah Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom); Tenaga Nasional Bhd (TNB); Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); Brickfields Asia College; Federation of Malaysian Manufacturer; 7Eleven; AEON; Grab; Kelly; dan Care Concierge.
Lima inisiatif tersebut ialah penempatan dan latihan; peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu; pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS); pembangunan B40; dan gerak insan gemilang (GIG).
Saravanan berkata, kumpulan sasaran inisiatif itu ialah graduan menganggur yang mempunyai diploma atau ijazah, pekerja tempatan yang bersedia menceburi Revolusi Industri ke-4, pemilik dan pekerja (PKS), rakyat Malaysia dari kumpulan B40 dan golongan belia.
Katanya, HRDF memperuntukkan RM250 juta geran padanan menerusi Inisiatif PENJANA HRDF.
“Mereka yang hilang pekerjaan ataupun graduan yang masih menganggur, perlu mengambil peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan, di samping meningkatkan kemahiran diri agar kekal relevan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.
Rakyat Malaysia yang berminat, untuk mendapatkan pekerjaan serta mengikuti latihan peningkatan kemahiran dan juga latihan semula menerusi Inisiatif PENJANA HRDF, boleh mendaftar di portal www.penjanahrdf.com.my mulai hari ini.
— BERNAMA