Home English News Penguatkuasaan Akta 446 sepanjang tempoh PKP, PKPB & PKPP

Penguatkuasaan Akta 446 sepanjang tempoh PKP, PKPB & PKPP

502
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI M.SARAVANAN, MENTERI SUMBER MANUSIA

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP COVID-19 yang merangkumi sektor-sektor yang telah ditetapkan selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Antara sektor atau perkara yang jatuh dalam bidang kuasa yang diberikan oleh MKN dan KKM kepada KSM adalah penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 [Akta 446] diketuai oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

3. Ini meliputi bangunan yang disediakan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat tidak kira yang disediakan secara menyewa rumah, disediakan dalam bentuk kontena di kawasan pekerjaan mahupun melalui Centre Labour Quarters (CLQ) untuk didiami oleh pekerja.

#TamilSchoolmychoice

4. Bagi perkara a) Penguatkuasaan Akta 446 di bawah JTKSM:

i. Akta 446 telah berkuatkuasa pada Jun 2020 dan para majikan serta penyedia penginapan berpusat telah diberikan cooling period selama 3 bulan iaitu dari Jun 2020 sehingga Ogos 2020, sebelum penguatkuasaan sepenuhnya Akta 446 pada September 2020. Namun demikian, ekoran tercetusnya kluster Teratai pada awal tahun 2021, pihak Kerajaan berpandangan bahawa Akta 446 boleh menjadi antara medium bagi memutuskan rantaian pandemik OCID-19. Ini telah membawa kepada pewartaan Akta 446 sebagai salah satu komponen akta yang dipinda di bawah Ordinan Darurat. Sehubungan itu, pada 25 Februari 2021, Akta 446 diwartakan sebagai sebahagian daripada Ordinan Darurat dan penguatkuasaan akta ini turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Susulan itu, KSM terus merancakkan operasi penguatkuasaan tanpa henti sehingga kini.

ii. Penguatkuasaan dan pemeriksaan yang dilaksanakan sehingga 8 Mei 2021 merekodkan sebanyak 17,882 majikan telah diperiksa dan majikan ini menggajikan seramai 1,673,060 pekerja;

iii. Pelaksanaan penguatkuasaan dan pemeriksaan ini turut merangkumi sebanyak 103,829 penginapan yang menempatkan seramai 670,455 pekerja;

iv. Daripada 17,882 majikan yang diperiksa, sebanyak 6,069 (33.94%) majikan didapati patuh kepada Akta 446. Manakala, baki 11,813 (66.06%) majikan didapati tidak mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta 446;

v. Susulan penguatkuasaan oleh Pasukan Kerja Pematuhan Penginapan Pekerja Akta 446 ke atas 11,813 majikan yang tidak patuh, tindakan berikut telah diambil:

a. Sebanyak 706 Kertas Siasatan telah dibuka yang membawa kepada:

i. Sebanyak 121 izin dakwa telah dikeluarkan dan daripada jumlah ini sebanyak 39 kes pendakwaan telah selesai dengan denda RM301,000; dan

ii. Sejumlah 216 izin kompaun telah dikeluarkan dengan tawaran kompaun sebanyak RM1,355,500.

b. Sebanyak 46 Arahan Pindah telah dikeluarkan dan melibatkan 46 majikan dengan 1,962 pekerja.

5. Penguatkuasaan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah secara bersepadu dan semua jabatan juga agensi di bawah KSM digembleng bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dan pematuhan SOP COVID-19 dipatuhi sepenuhnya.

6. Penguatkuasaan SOP Covid-19 yang digariskan oleh pihak MKN dan KKM adalah jelas dan setiap sektor sama ada ekonomi mahupun perkhidmatan adalah dipantau dan diletakkan di bawah kementerian, jabatan dan agensi kawal selia yang bersesuaian. Bidang kuasa yang diturunkan ini boleh diperolehi di laman sesawang MKN untuk keterengan yang lebih jelas.

7. KSM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang dan juga ingkar akan SOP Covid-19. Ini adalah demi memastikan usaha Kerajaan dalam memutuskan pandemik Covid-19 berjaya.

DATUK SERI M.SARAVANAN
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA
10 MEI 2021