Home English News Kenyataan Media Menteri Sumber Manusia berkenaan Memorandum Persefahaman berhubung pengambilan dan Perlindungan...

Kenyataan Media Menteri Sumber Manusia berkenaan Memorandum Persefahaman berhubung pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia

1015
0
SHARE
Ad

MENTERI SUMBER MANUSIA – KENYATAAN MEDIA
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERHUBUNG PENGAMBILAN DAN PERLINDUNGAN PEKHIDMAT DOMESTIK INDONESIA

1. Memorandum Persefahaman berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MOU PDI) telah ditandatangani pada 1 April 2022 di mana proses pengambilan PDI akan bermula tidak lama lagi.

2. Oleh yang demikian, saya ingin memberikan pencerahan berhubung struktur kos pengambilan PDI yang telah dipersetujui di mana ianya merangkumi 15 komponen kos di Malaysia dan di Indonesia. Contoh komponen kos di Malaysia antaranya termasuklah Deposit Keselamatan Imigresen, insurans, pemeriksaan kesihatan, levi, dan permit kerja. Contoh komponen kos di Indonesia pula antaranya seperti passport, visa kerja, sijil kesihatan, sijil kompetensi, dan ujian psikologi. Semua kos pengambilan PDI adalah di bawah tanggungan majikan selaras dengan garis panduan Fair Recruitment Initiative yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

#TamilSchoolmychoice

3. MOU PDI yang baharu ditandatangani ini juga merupakan penambahbaikan daripada MOU terdahulu di mana struktur kos ini hanya menggariskan komponen yang terlibat tanpa menetapkan kadar harga. Struktur kos ini akan dikaji setiap tiga bulan oleh Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia- Indonesia bagi memastikan ianya seiring dengan keperluan semasa mengambil kira perubahan kadar tambang pengangkutan dan kos ujian kesihatan.

4. Pelbagai masalah timbul dalam pelaksanaan MOU terdahulu kerana struktur kos yang tetap dan terlampau rendah berbanding pasaran semasa yang menyebabkan majikan terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan khidmat PDI. Walau bagaimanapun, perkara ini telah diatasi dalam MOU PDI baharu

melalui kajian struktur kos setiap tiga bulan. Selain itu, majikan juga dijangka dapat menjimatkan kos pengambilan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 kerana tiada lagi keperluan kuarantin untuk PDI melainkan mereka didapati positif semasa ujian saringan COVID-19 di Malaysia.

DATUK SERI M.SARAVANAN
MENTERI SUMBER MANUSIA
PUTRAJAYA

5 APRIL 2022