Home English News Narendra Modi dilantik PM India untuk penggal kedua

Narendra Modi dilantik PM India untuk penggal kedua

143
0
SHARE

NEW DELHI — Presiden India, Ram Nath Kovind pada Sabtu melantik Narendra Modi sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua, menurut kenyataan dari Rashtrapati Bhavan.

Modi turut diminta mencadangkan tarikh dan masa untuk majlis rasmi angkat sumpah diadakan.

Parti pimpinan Modi,Bharatiya Janata Party (BJP) mempunyai 303 anggota parlimen di Dewan Rakyat (Lok Sabha), membolehkan BJP mempunyai majoriti yang kuat.

Bersama sekutunya, Perikatan Demokratik Nasional (NDA), BJP mempunyai 353 anggota Parlimen daripada jumlah keseluruhan 545 anggota.

Pakatan pembangkang Kongres, diketuai Rahul Gandhi sekadar memenangi 52 kerusi dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

— BERNAMA

Comments