Home English News Streram kesal ada pihak naikkan kain rentang provokasi

Streram kesal ada pihak naikkan kain rentang provokasi

1210
0
SHARE
Ad
படம்: நன்றி ஸ்டார்

SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan Dr S.Streram meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang dengan ayat-ayat yang disifatkannya berbentuk provokasi terhadapnya.

Katanya ayat seperti ‘Ganyang Samo Dio’ yang secara harfiahnya bermakna ‘Hancurkan (belasah) dia’ boleh disalah erti oleh pihak lain untuk benar-benar berbuat demikian terhadapnya.

“Hari-hari saya dapat provokasi, tapi kita (Pakatan Harapan) tidak akan membalasnya dengan provokasi… yang penting kita fokus sebab saya nak rakyat Rantau bagi saya peluang, mungkin provokasi ini nak alih perhatian saya tetapi saya tetap akan fokus,” katanya kepada Bernama ketika berkempen di Rumah Rakyat Nyatoh, di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Menurut Dr Streram, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut yang didapati dinaikkan di beberapa lokasi di sekitar pekan Rantau dan Kampung Pasir.

Sementara itu, beliau yang bersimpati dengan nasib pembeli rumah PR1MA Rantau yang sehingga kini belum siap, berkata akan bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bagi mencari penyelesaian.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau yang akan berlangsung pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO dan dua calon Bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

— BERNAMA