Home English News Sebanyak 16.2 peratus responden di KL beritahu keadaan kewangan mereka semakin merosot

Sebanyak 16.2 peratus responden di KL beritahu keadaan kewangan mereka semakin merosot

724
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik yang dijalankan UCSI Poll Research Centre mengenai indeks sentimen pengguna baru-baru ini mendapati 16.2 peratus responden memberitahu bahawa aspek kewangan mereka menjadi semakin buruk sejak 12 bulan lepas.

Indeks itu juga menunjukkan bahawa hampir 100 peratus daripada 531 penduduk di Kuala Lumpur yang disoal berpendapat bahawa keadaan ekonomi semasa menjadi punca yang yang menghalang pertumbuhan ekonomi mereka.

Kaji selidik yang julung kalinya dijalankan di Malaysia itu  menunjukkan bahawa 52.2 peratus responden mencatatkan pertumbuhan kewangan sifar sejak 12 bulan lepas.

#TamilSchoolmychoice

Bagaimanapun 31.6 peratus responden lagi berkata keadaan kewangan mereka kini lebih baik berbanding setahun yang lepas.

“Faktor-faktor yang terdapat dalam pendekatan kualitatif yang mempengaruhi sentimen negatif mereka berbeza-beza – dari kos hidup yang tinggi, pertumbuhan gaji yang rendah, ketidaksamaan pekerja mahir dalam pasaran buruh, kepada pengagihan pendapatan yang dianggap negatif,” kata Ketua Eksekutif Kaji Selidik itu Prof Madya Dr Noppadon Kanika kepada Bernama.

Ditanya mengenai jangkaan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang, 47.1 peratus responden merasakan keadaan kewangan mereka tidak akan berubah; 34.6 peratus pula menjangka keadaan akan menjadi lebih baik, dan 18.3 peratus lagi meramalkan keadaan akan bertambah buruk.

Dr Noppadon berkata majoriti responden menjangka para pelabur dan ahli perniagaan akan menikmati perkembangan yang positif di tahun akan datang.

Pendekatan kualitatif dan kuantitatif UCSI Poll Research Centre dijalankan antara 13 dan 22 Mei, melibatkan sampel 531 orang yang tinggal di Kuala Lumpur.

— BERNAMA