Home English News Kadar pengangguran turun kepada 3.3 peratus pada Mei

Kadar pengangguran turun kepada 3.3 peratus pada Mei

806
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran pada bulan Mei lepas turun kepada 3.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia Mei 2019.

Mengulas statistik itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada bulan itu, bilangan penganggur adalah seramai 519,800 orang, turun 0.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Selain itu, katanya kadar penyertaan tenaga buruh pada Mei kekal 68.5 peratus semenjak Februari 2019, namun meningkat 0.1 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (68.4 peratus).

#TamilSchoolmychoice

“Bilangan tenaga buruh pada bulan ini (Mei 2019) naik 1.9 peratus kepada 15.64 juta orang berbanding Mei 2018,” katanya.

Pada tempoh sama, Mohd Uzir berkata penduduk bekerja turut meningkat 1.8 peratus kepada 15.12 juta orang.

— BERNAMA