Home English News 39,311 pemandu dikenakan waran tangkap saman ‘AWAS’

39,311 pemandu dikenakan waran tangkap saman ‘AWAS’

243
0
SHARE

BAGAN SERAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenarai hitam dan mengenakan waran tangkap kepada 39,311 pemandu kerana gagal melunaskan notis saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata sehingga Disember 2018, 39,358 kes telah didakwa, namun hanya 47 kes sahaja yang selesai manakala 39,311 kes lagi telah dikenakan waran tangkap dan disenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d), 29(1A) dan 119B Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata sejak JPJ mengambil alih sepenuhnya 45 operasi kamera AwAS di seluruh negara pada 1 Sept 2018, sebanyak 95,850 notis saman dikeluarkan sehingga 21 Jan lalu dan daripada jumlah itu hanya 10,876 saman dibayar manakala selebihnya belum diselesaikan.

“Pesalah trafik ini diberi tempoh 60 hari untuk membayar saman bermula tarikh saman dikeluarkan, selepas daripada tempoh itu pihak JPJ mengambil tindakan tegas dengan membawa kes tersebut ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Penguatkuasa Lebuhraya JPJ di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol arah selatan di sini hari ini.

-BERNAMA

Comments