Home English News Lawatan IGP dan pegawai PDRM ke Turki tidak guna dana kerajaan!

Lawatan IGP dan pegawai PDRM ke Turki tidak guna dana kerajaan!

925
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Kos lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki tidak ditanggung Kementerian Kewangan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata lawatan itu juga tidak diluluskan oleh kementeriannya tetapi oleh Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia, yang merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

“Kementerian tidak memberi satu sen pun kepada Totalisator Malaysia sebaliknya syarikat itu mendapat sumber kewangan dari syarikat nombor ramalan (Damacai),” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Semalam, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan meluluskan lawatan kerja Mohamad Fuzi dan beberapa pegawai tinggi PDRM ke Turki sebagai satu daripada usaha untuk menangani masalah perjudian dalam talian.

Lim dalam pada itu berkata pihaknya akan menyemak semula tentang keperluan untuk meluluskan lawatan seumpama itu pada masa hadapan.

“Prosedur sekarang adalah selagi ada kelulusan lembaga pengarah, mereka tidak perlu rujuk kepada kementerian.

“Selepas ini kami hendak tengok apakah perlu Totalisator Malaysia mendapat kelulusan untuk perkara seumpama itu,” katanya.

BERNAMA