Khan berkata demikian pada sidang Parlimen yang membincangkan mengenai ketegangan antara kedua-dua negara yang mempunyai senjata nuklear, lapor agensi berita Anadolu.
“Kami akan membebaskan juruterbang India itu esok (Jumaat)”, kata Khan.
Pegawai Tentera India, Komander Abhinandan ditahan pasukan keselamatan Pakistan selepas jetnya MIG 29 ditembak pesawat tentera Pakistan berhampiran sempadan Kashmir.
Perkembangan terbaru itu beberapa jam selepas New Delhi berkata usaha sedang dijalankan untuk membebaskan juruterbang terbabit.
— BERNAMA
Comments