Home English News Sultan Selangor kecewa perbuatan hina keperibadian Rasulullah SAW

Sultan Selangor kecewa perbuatan hina keperibadian Rasulullah SAW

769
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan kekecewaan itu selepas berbincang dengan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor pada hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi membendung gejala penghinaan ini agar tidak terus berlaku tanpa kawalan, Sultan Selangor mengingatkan rakyat terutama yang bukan beragama Islam, supaya menghentikan perbuatan mempersendakan keperibadian Rasulullah SAW dan mencemar kesucian agama Islam.

#TamilSchoolmychoice

Ini kerana, katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat, malah boleh menyebabkan rusuhan antara kaum serta agama yang akan mengakibatkan permusuhan berpanjangan antara kaum di negara ini.

“Kejadian penghinaan terhadap Rasulullah SAW serta isu-isu yang mencemar kesucian agama Islam kerapkali berlaku dan telah sampai ke tahap mencabar kesabaran umat Islam. Agama Islam yang merupakan agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya perlu sentiasa dihormati oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya.

– BERNAMA