Home English News Sultan Selangor mahu SPRM kekal sebagai badan bebas pengaruh luar

Sultan Selangor mahu SPRM kekal sebagai badan bebas pengaruh luar

700
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus kekal menjadi satu badan yang bebas daripada pengaruh pihak luar termasuk orang politik.

Baginda bertitah SPRM seharusnya melaksanakan tugas dengan telus, berani dan tidak memihak kepada sesiapa atau dengan kata lain ‘without fear or favour’.

“Pegawai-pegawai penyiasat SPRM hendaklah diberi kebebasan dengan kuasa yang ada kepada mereka untuk menjalankan tugas penyiasatan mereka secara profesional tanpa arahan-arahan tertentu yang boleh mengganggu penyiasatan mereka.

#TamilSchoolmychoice

“Dengan jalan ini, pihak SPRM akan dilihat sebagai satu badan yang boleh dipercayai oleh rakyat bagi membanteras  gejala  rasuah dan sekali gus menepis segala tanggapan negatif rakyat terhadap SPRM berkaitan ketelusan dalam menjalankan amanah,” titah baginda semasa merasmikan kompleks pejabat baharu SPRM Selangor di Seksyen 16, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-BERNAMA