Home English News Penutupan 111 sekolah di Pasir Gudang diteruskan sampai cuti sekolah

Penutupan 111 sekolah di Pasir Gudang diteruskan sampai cuti sekolah

1107
0
SHARE
Ad

JOHOR BAHRU: Penutupan semua 111 sekolah di Pasir Gudang berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim akan diteruskan sehingga cuti sekolah yang bermula 22 Mac ini, kata Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik.

Beliau berkata makluman mengenai pembukaan semula kesemua sekolah terbabit akan diumumkan kelak.

#TamilSchoolmychoice

“Kita melihat berdasarkan langkah berhati hati, sekolah akan terus ditutup sehingga cuti, jadi diharapkan semua maklum dan jika ada maklumat tambahan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Maszlee berkata pihak kementerian juga masih belum memutuskan untuk menetapkan kelas tambahan bagi menggantikan kelas yang tertinggal.

Bagaimanapun katanya tiada sebarang perubahan berhubung  jadual peperiksaan.

Terdahulu, Maszlee mendengar taklimat daripada agensi-agensi berkaitan mengenai status terkini pencemaran di sungai tersebut.

Pada 13 Mac lalu, kesemua 111 sekolah yang berkenaan diarahkan tutup sebagai langkah berhati-hati selepas ramai murid dan pelajar serta orang awam terjejas akibat pencemaran sisa bahan kimia tersebut.

— BERNAMA