Home English News Menteri kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah meninggal dunia

Menteri kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah meninggal dunia

1874
0
SHARE
Ad

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Seorang anggota sayap Wanita DAP Sabah memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Wong, 64, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke hospital itu apabila  pengsan selepas menyertai aktiviti mendaki bukit.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir di hospital berkenaan pagi tadi.

#TamilSchoolmychoice

Mendiang memulakan pendakian kira-kira 6.30 pagi tadi bersama sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.

Wong, yang juga Pengerusi DAP Negeri, merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada Mei lalu.

— BERNAMA