Home English News Kreativiti program baharu mampu jadikan RTM pilihan rakyat- Gobind

Kreativiti program baharu mampu jadikan RTM pilihan rakyat- Gobind

685
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Penjenamaan semula Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sedang giat dilakukan, antara lain menyaksikan penerbitan program baharu lebih kreatif yang mampu menjadikan stesen itu pilihan utama rakyat Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata selepas setahun mentadbir kementerian itu, beliau mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak berhubung penambahbaikan yang berlaku di stesen penyiaran utama negara.

“Walaupun kita telah menyatakan hasrat untuk mengubah dan menambah perkhidmatan, dalam setahun ini kita menganggapnya (perubahan) ini sebagai satu permulaan.

#TamilSchoolmychoice

“Bagaimanapun ada orang datang jumpa saya dan menyatakan bahawa mereka melihat RTM ketika ini sudah ada perbezaannya termasuk penyampaian berita RTM yang memang cepat, tepat dan benar. Saya mendapati RTM khususnya dalam dunia media hari ini sentiasa berada di tempat teratas dalam media,” katanya pada majlis Indahnya Syawal @ RTM bersama warga kerja Jabatan Penyiaran RTM di Wisma Berita, Angkasapuri.

Gobind turut meletakkan kepercayaan kepada pasukan media penyiaran RTM yang dibentuk hari ini untuk membantu merealisasikan transformasi RTM sebagai saluran televisyen dan radio pilihan pertama rakyat Malaysia.

Katanya kerajaan sedang berusaha melaksanakan transformasi RTM secara berperingkat termasuk penyempurnaan projek Media City di Angkasapuri yang dilengkapi prasarana moden dalam usaha RTM untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Pada majlis itu, Gobind turut menzahirkan penghargaan kepada petugas RTM yang bertungkus-lumus menjayakan tugasan penerbitan sepanjang bulan Ramadan di samping menonjolkan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan budi pekerti mulia.

— BERNAMA