Home English News Media main peranan penting angkat agenda penyatuan rakyat- Wan Azizah

Media main peranan penting angkat agenda penyatuan rakyat- Wan Azizah

546
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Pengamal media memainkan peranan penting dalam mengangkat agenda penyatuan rakyat demi mewujudkan keseimbangan dalam hidup bermasyarakat dan mengekalkan keamanan yang wujud sejak sekian lama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini kerana penulisan dan laporan media yang bermanfaat mampu mewujudkan persekitaran sihat dan kebahagiaan berpanjangan, sekali gus mewujudkan masyarakat madani (beradab serta menjunjung tinggi nilai kemanusiaan) di negara ini.

“Saudara-saudari (pengamal media) bebas untuk memberi kritikan terhadap kami di pihak kerajaan. Saya cuma berharap kritikan tersebut berlandaskan kebenaran dan keadilan.

#TamilSchoolmychoice

“Kita menginsafi keadaan di banyak negara luar di mana institusi masyarakatnya kacau-bilau, kucar-kacir dan keamanan yang diimpikan semakin jauh,” katanya ketika berucap pada majlis Hari Raya Aidilfitri bersama media di Parlimen hari ini.

Justeru, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mahukan rakyat sentiasa bersyukur apabila keamanan sejagat dan keharmonian negara dapat dikekalkan walaupun hidup berbilang bangsa selain pelbagai agama dan latar belakang.

“Inilah hasilnya jika amalan saling memaafkan terus dipelihara bukan hanya sekadar meraikan Hari Raya. Sikap saling bermaafan seharusnya dijadikan amalan dalam kehidupan, demi mencapai kesejahteraan dan keseimbangan dalam hidup bermasyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah sempat meluangkan masa beramah mesra dan sembang santai bersama pengamal media lebih sejam termasuk mengambil gambar sebagai kenangan.

— BERNAMA