Home English News Wan Azizah tiba di Beijing untuk lawatan rasmi 4 hari ke China

Wan Azizah tiba di Beijing untuk lawatan rasmi 4 hari ke China

908
0
SHARE
Ad

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke China.

Pesawat yang membawa beliau bersama rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada kira-kira pukul 3.20 petang waktu tempatan, dan sebaik tiba beliau disambut oleh Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malaysia di China, Nuryante Mohd Yazid.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Wan Azizah ke China selepas menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

#TamilSchoolmychoice

Aturcara lawatan beliau akan dimulakan dengan majlis makan malam bersama dengan rakyat Malaysia di sini malam ini.

Dalam lawatan ini Dr Wan Azizah dijadualkan menemui beberapa pemimpin kanan China untuk berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan hubungan dua hala di samping isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata lawatan itu akan memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk meneruskan usaha meningkatkan kerjasama strategik terutama dalam bidang politik, perdagangan dan pelaburan, hal ehwal wanita, pertanian, pendidikan, pengurusan bencana, dan juga kebudayaan dan pelancongan.

— BERNAMA