Home English News 2 anggota tentera darat dilapor hilang bertugas di Pulau Perak

2 anggota tentera darat dilapor hilang bertugas di Pulau Perak

1296
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dilapor hilang ketika bertugas di kawasan operasi Op Pejarak di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lepas (19 Julai).

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di sini hari ini mengesahkan kehilangan dua anggota iaitu Kpl David Edmund Rapi dan L/Kpl Moses Logers.

Kedua-dua mereka dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis.

#TamilSchoolmychoice

“Kedua-dua anggota itu dikesan hilang pada lewat malam itu (19 Julai) ketika Ketua Penempatan membuat pemeriksaan malam bagi mengira kekuatan anggota.

“Pencarian telah dijalankan selepas itu oleh anggota namun terpaksa dihentikan ekoran cuaca yang tidak menentu,” menurut kenyataan itu.

Tentera Darat dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengatur gerak aset dan giat menjalankan pencarian bermula 10 pagi Sabtu (20 Julai).

Op Pejarak adalah operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM yang menempatkan anggota TDM di dua pulau antara perairan Kedah dan Perak.

— BERNAMA