Home English News MITRA dapat beri lebih manfaat kepada komuniti India di Sarawak

MITRA dapat beri lebih manfaat kepada komuniti India di Sarawak

1464
0
SHARE
Ad

MIRI:  Cadangan bagi meluaskan fungsi Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) untuk turut meliputi Sarawak, akan memberikan manfaat tambahan kepada komuniti India di Bumi Kenyalang itu terutama dari segi pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Presiden Persatuan Kaum India Miri Karambir Singh berharap Mitra akan melebarkan sayapnya ke Sarawak secepat mungkin dan amat menghargai perhatian yang diberikan oleh kerajaan persekutuan terhadap kebajikan kaum India di Sarawak.

“Ia akan memberi manfaat kepada komuniti kami di sini, dan saya harap ia dapat dilaksanakan tidak lama lagi,” kata beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Kaum India Sarawak kepada Bernama di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Minggu lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata fungsi Mitra mungkin akan diperluaskan untuk turut meliputi Sabah dan Sarawak, dan bagi tujuan itu beberapa sesi pertemuan dengan komuniti kaum India di Sarawak akan diadakan bulan depan bagi menghimpunkan input berhubung isu-isu yang berkaitan dengan kaum itu.

Mitra yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi untuk Masyarakat India (Sedic), ditubuhkan  di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dibangunkan dengan tujuan memberi fokus kepada pemberdayaan kaum India untuk pembangunan yang mampan dalam pendidikan, ekonomi, serta kesejahteraan sosial dan manusia.

— BERNAMA