Home English News Lelaki Indonesia ditahan kerana ceroboh kuil di Ipoh

Lelaki Indonesia ditahan kerana ceroboh kuil di Ipoh

1013
0
SHARE
Ad

IPOH: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana dipercayai menceroboh sebuah kuil di sini, awal pagi ini, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Lim Hong Shuan.

Beliau berkata lelaki tersebut ditahan susulan laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Dusun Bertam di sini kira-kira pukul 1.50 pagi tadi selepas 15 patung di rumah ibadat itu dirosakkan.

Katanya bertindak atas maklumat orang ramai,  lelaki itu berjaya ditahan pada pukul 4.15 pagi oleh sepasukan polis dengan kerjasama orang awam di kawasan sekitar.

#TamilSchoolmychoice

“Polis turut merampas sebatang sepana yang dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 295, Seksyen 427 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963.

Lim turut menasihati semua  pihak supaya supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis.

— BERNAMA