Home English News “Program makanan percuma dialukan, tetapi perlu kajian teliti” – T.Murugiah

“Program makanan percuma dialukan, tetapi perlu kajian teliti” – T.Murugiah

1454
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah bersetuju dengan perkembangan cadangan pelaksanaan program makanan percuma Kementerian Pendidikan bermula tahun depan.

Menurut Datuk Murugiah program berkenaan dapat membantu para pelajar mendapat makanan yang selamat, mengandungi nutrisi tinggi dan bersih.

Bagaimanapun pelaksanaannya perlu mendapat pemantauan Kementerian Kesihatan di setiap negeri.

#TamilSchoolmychoice

Katanya, ia tidak boleh dikendalikan diperingkat pusat sahaja, tetapi mesti dilakukan diperingkat negeri melalui sebuah Pasukan atau Jawatankuasa Khas bagi menilai kebersihan serta sumber bahan makanan berkenaan.

Ia penting berikutan terdapat beberapa kes syarikat atau pihak pembekal makanan yang melakukan kecuaian dari segi kebersihan hingga berlaku keracunan makanan.

“Kita tidak mahu perkara seperti keracunan makanan dan makanan tidak bernutrisi dihidangkan kepada pelajar berulang” tegasnya lagi.

Untuk rekod, sejumlah 213 kejadian keracunan makanan dilaporkan membabitkan 68 kejadian di sekolah dibawah seliaan Kementerian Pendidikan, tahun ini.

“Sama ada pembekal makanan ataupun pengendali kantin, mana-mana pihak yang terlibat harus bertanggung-jawab” katanya.

Tambahnya, kajian menyeluruh mengenai program ini perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakannya, berikutan keadaan ekonomi yang terkini.

Dengan kekangan hutang negara yang meningkat RM60 bilion adakah program ini mampu dijalankan?

Bolehkah kerajaan memberi jaminan bajet untuk program ini mampu disediakan dan tidak dihentikan separuh jalan.

Awal tahun ini sahaja, Kementerian Pendidikan  juga telah menamatkan 12,000 pengawal keselamatan sekolah di seluruh negara berikutan penukaran syif daripada tiga kepada dua syif setiap hari.

Sehubungan itu program ini perlu dikaji secara menyeluruh terlebih dahulu kerana melibatkan bajet yang tinggi iaitu mencecah RM1.985 bilion sepanjang 210 hari persekolahan.

“Mungkin juga, program ini tidak melibatkan pelajar yang mempunyai ibubapa yang berkemampuan, malah hanya melibatkan pelajar yang kurang kemampuan sahaja ” katanya.

Bagaimanapun pihaknya juga amat berbesar hati dengan kesediaan dan penglibatan Kementerian Kesihatan memantau penyediaan makanan percuma ini melalui kenyataan media menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata seramai 2.7 juta pelajar akan mendapat manfaat program ini diseluruh negara.