Home English News Tidak hormat lagu Negaraku: 7 individu mengaku tidak bersalah

Tidak hormat lagu Negaraku: 7 individu mengaku tidak bersalah

740
0
SHARE
Ad
Picture Credit: The Star

KUCHING: Seorang wanita dan enam lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana tidak menghormati nyayian lagu Negaraku pada 29 Sept lalu.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibaca Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nurfazlin Mahmad Zulhasnan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Zubaidah menetapkan 11 Nov depan sebagai tarikh pengurusan kes dan tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan setiap seorang.

#TamilSchoolmychoice

Mereka ialah  Andrew Chong, 33, Kon Tai Keong, 37, Leong Shaow Tung, 43, Bong Sak Sin, 44, Tan Kok Chiang dan Pui Ping Ping, masing-masing berusia 46 tahun serta Phang Ngin Pen, 64.

Mereka didakwa tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagi Negaraku dimainkan pada satu majlis makan malam aktivis pada 27 September, pukul 7.15 malam, di hotel di Jalan Ban Hock.

Pada Jumaat, 29 September lalu, tular video sekumpulan individu dipercayai ahli atau penyokong Sarawak for Sarawakians (S4S), hanya duduk ketika lagu Negaraku berkumandang pada satu majlis di sini.

Difahamkan, tindakan itu sebagai menunjukkan bantahan berkaitan kemelut isu pemberian royalti minyak 20 peratus kepada negeri.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan, kerana menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan.

— BERNAMA