Home English News Sekretariat APEC sokong keputusan Chile berhubung isu pembatalan penganjuran sidang kemuncak

Sekretariat APEC sokong keputusan Chile berhubung isu pembatalan penganjuran sidang kemuncak

642
0
SHARE
Ad

MOSCOW: Sekretariat blok Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Rabu berkata ia menyokong keputusan Chile untuk membatalkan penganjuran sidang kemuncak pertubuhan itu kerana negara Amerika Selatan tersebut berdepan tunjuk perasaan yang telah berlangsung selama beberapa minggu, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan sekretariat  berkenaan.

“Keselamatan rakyat Chile dan negara anggota adalah keutamaan APEC. Oleh itu, Sekretariat APEC  menyokong  keputusan Chile untuk menangguhkan penganjuran Minggu Pemimpin APEC,” menurut sekretariat itu dalam kenyataan yang diedarkan kepada Sputnik.

Sidang kemuncak itu dijadualkan berlangsung pada pertengahan bulan November.

#TamilSchoolmychoice

— BERNAMA