Home English News Angka korban pesawat terhempas di Congo meningkat 29 orang

Angka korban pesawat terhempas di Congo meningkat 29 orang

745
0
SHARE
Ad

GOMA: Angka korban akibat nahas pesawat berhampiran Lapangan Terbang Goma di timur Congo meningkat kepada 29 orang, lapor agensi berita Anadolu Agency memetik pihak berkuasa.

Menteri Kesihatan Wilayah Utara Kivu, Moise Kanyere, berkata jumlah korban dilaporkan sebelum ini seramai 23 orang.

Sebuah pesawat Dornier-228 milik syarikat penerbangan persendirian Busy Bee yang dalam perjalanan ke Beni, kira-kira 350 kilometer utara Goma, terhempas tiga minit sejurus berlepas dari daerah Mapendo dekat lapangan terbang di wilayah Kivu Utara pada Ahad, menurut Kanyere.

#TamilSchoolmychoice

Mangsa yang maut termasuk 18 penumpang, dua anak kapal dan sembilan penduduk tempatan.  lapangan.

Seramai 16 belas mangsa yang cedera dihantar ke dua hospital tempatan.

Pegawai syarikat mengakui nahas berpunca masalah teknikal.

Sumber berkata, satu letupan kuat berlaku dari satu enjin pesawat sebaik ia berlepas.

Penduduk cuba memadamkan kebakaran dari bangkai pesawat sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Nahas membabitkan kapal terbang sering berlaku di Congo kerana sistem penyelenggaraan keselamatan udara yang kurang baik.

Pada bulan lalu, sebuah pesawat kargo terhempas mengorbankan semua lapan penumpang dan anak kapal.

Sementara itu, pada September 2017 sebuah pesawat kargo Antonov yang disewa oleh tentera terhempas berhampiran ibu negara, Kinshasa, membunuh kesemua 12 orang.

— BERNAMA