Home English News Perlu tindakan tertentu untuk hentikan perkahwinan kanak-kanak

Perlu tindakan tertentu untuk hentikan perkahwinan kanak-kanak

586
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) menggesa supaya langkah tertentu diambil bagi menyokong gesaan menghentikan perkahwinan kanak-kanak dengan meminda undang-undang berkaitan.

ASLI dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu memastikan rangka kerja perundangan domestik sesuai dengan standard hak asasi manusia antarabangsa dan serantau.

“Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak untuk  meminda undang-undang Islam negeri masing-masing bagi mengharamkan perkahwinan kanak-kanak.

#TamilSchoolmychoice

“Kami berharap kerajaan negeri Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan akan mengikuti langkah itu tidak lama lagi,” menurut kenyataan itu.

Menurut ASLI, walaupun terdapat usaha berterusan daripada kerajaan Persekutuan untuk meminda undang-undang berkaitan, pengeluaran garis panduan terperinci untuk hakim Mahkamah Syariah perlu disegerakan dalam meluluskan perkahwinan kanak-kanak berdasarkan undang-undang Islam negeri sedia ada.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu Dewan Rakyat  pada Selasa bahawa kerajaan sedang menyediakan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani perkahwinan bawah umur.

Draf itu melibatkan pindaan Undang-undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) dengan menetapkan had umur perkahwinan bagi wanita adalah 18 tahun.

— BERNAMA