Home English News Semua negeri setuju laksana pelarasan tarif air tahun depan- Xavier

Semua negeri setuju laksana pelarasan tarif air tahun depan- Xavier

1046
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Semua negeri secara dasarnya bersetuju melaksanakan pelarasan kadar tarif air yang dijangka dilaksanakan tahun depan, dan ketika ini Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli masih lagi mengadakan rundingan lanjut berhubung beberapa perkara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

Menterinya Datuk Dr A. Xavier Jayakumar berkata beliau akan mengadakan perbincangan penuh dengan negeri-negeri yang berkaitan, mengenai isu tarif baharu air itu, tidak lama lagi.

#TamilSchoolmychoice

“Tarif air belum pernah disemak semula sejak 20 tahun lepas. Kita mahu rakyat faham bahawa industri air ini memerlukan dana yang banyak untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan. Bagaimanapun, kerajaan beri jaminan yang tarif air (baharu) tidak akan membebankan pengguna,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan asrama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands, di sini hari ini beliau berkata kadar baharu tarif utiliti itu juga akan dipastikan tidak melebihi dua peratus daripada perbelanjaan isi rumah yang dilihat sebagai munasabah.

Xavier berkata kerajaan juga bersedia untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) tahun depan bagi memperkemaskan prosedur serta peraturan berkaitan, antaranya untuk melibatkan syarikat swasta dalam usaha membangunkan industri air negara.

— LAGI

 

XAVIER-TARIF 2 SHAH ALAM

 

“Kita harus lihat keseluruhan industri ini. Jika mahu bekalan air 24 jam 365 hari, maka semua pihak harus faham yang industri ini memerlukan perbelanjaan besar (untuk memastikan kelancarannya),” katanya dan menambah perbelanjaan perkhidmatan air yang besar pada masa ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Okt lepas, kerajaan memberi jaminan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) Air yang dijangka dilaksanakan pada tahun depan tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah.

Cadangan pelaksanaan mekanisme itu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, cukup rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas serta telekomunikasi, tambahan pula purata kadar tarif air pada masa ini adalah rendah iaitu RM1.38 bagi tiap 1,000 liter berbanding kos sebenar iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter.

Sementara itu merujuk pembinaan bangunan asrama sekolah yang dirasmikan beliau hari ini Xavier berkata, ia adalah yang pertama bagi SJKT di seluruh negara dan disasarkan untuk menempatkan 200 pelajar lelaki darjah empat hingga enam daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

“Asrama ini merupakan projek rintis untuk menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan. Disebabkan ia proejk rintis, kita tempatkan dahulu pelajar lelaki. Di sini, mereka akan diberi makanan yang sihat serta pendidikan selain dipupuk dengan disiplin yang baik untuk memastikan masa depan mereka terjamin.

— LAGI

 

XAVIER-TARIF 3 (AKHIR) SHAH ALAM

 

“Saya harap asrama seperti ini dapat dibina di seluruh negara bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam kalangan masyarakat India seterusnya juga mungkin boleh menerima kemasukan pelajar perempuan pula pada masa depan,” katanya.

Asrama empat tingkat yang mempunyai 50 bilik tidur itu dibina dengan kos RM4 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor dan ia akan mula menerima kemasukan pelajar pada sesi persekolahan tahun depan.

Bangunan yang mula dibina pada 1 Jan lepas dan siap sepenuhnya pada 31 Okt itu turut mempunyai kemudahan umum antaranya bilik televisyen, bilik warden, bilik pantri, bilik cuci, bilik rekreasi dan bilik kaunseling.

— BERNAMA