Home English News Selesai segera urusniaga pendaftaran nombor khas- JPJ

Selesai segera urusniaga pendaftaran nombor khas- JPJ

767
0
SHARE
Ad
Gambar Ehsan: Paultan.org

PUTRAJAYA: Orang awam dan pihak yang berkenaan diingatkan supaya menyelesaikan segera urusniaga berkaitan pendaftaran nombor khas kenderaan sebelum atau pada 31 Dis ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata selepas tarikh tersebut, tiada sebarang penjualan dan pendaftaran akan dibenarkan.

Katanya langkah itu bagi mengelakkan daripada sebarang masalah sewaktu proses pendaftaran.

#TamilSchoolmychoice

Menurut JPJ, pihak berkenaan telah diberikan tempoh yang mencukupi untuk menjual dan menguruskan nombor pendaftaran khas itu sejak kelulusan diberikan pada 2010.

Sejak 2010, JPJ telah meluluskan nombor pendaftaran khas kepada beberapa persatuan, yayasan, syarikat, badan-badan kebajikan dan agensi kerajaan, antaranya SAS 2-9999, PATRIOT 1-9999, RIMAU 1-9999, NBOS 1-9999 dan NAAM 1- 9999.

— BERNAMA