Home English News Rakyat asing tertarik sambut Krismas di Malaysia

Rakyat asing tertarik sambut Krismas di Malaysia

1041
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Keunikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di mana perayaan setiap kaum disambut secara bersama menerusi tradisi rumah terbuka menarik minat rakyat asing untuk menyambut Krismas di negara ini.

Bagi keluarga Suzanne Brooke,33,  dari Amerika Syarikat sambutan Krismas tahun ini  berbeza daripada sebelumnya kerana beliau dan keluarga akan menyambut perayaan itu di ibu kota Kuala Lumpur.

“Kami berada di sini kerana adik saya berkahwin dengan rakyat Malaysia beberapa hari yang lalu, dan kami fikir apa salahnya jika  kami tinggal di sini sehingga selepas Krismas. Kami belum pernah datang ke Malaysia sebelum ini namun kami mendengar banyak perkara menarik daripada teman-teman yang pernah melawat negara ini.

#TamilSchoolmychoice

“Malaysia adalah negara yang sesuai untuk kami merayakannya (Krismas), orang-orangnya mesra dan saya  suka pada cuacanya dan kami berharap dapat berkunjung ke tempat lain di Malaysia tidak lama lagi,” katanya dan menambah cuti perayaan ini merupakan masa sesuai bagi  merapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang lain.

Di Malaysia dalam setiap kaum dan agama, musim perayaan bermakna masa untuk bersama keluarga.

Bagi Nur Syafiqah Azman, 23, cuti musim perayaan merupakan masa untuk bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan dan kasih sayang.

“Sungguhpun saya tidak merayakan Krismas , namun saya mengambil peluang pada cuti musim perayaan ini untuk bergembira bersama keluarga tercinta,” katanya.

Dalam merayakan sambutan Krismas yang semakin hampir pusat membeli belah di bandaraya dihiasi indah dengan pelbagai hiasan terutamanya pokok Krismas yang dihiasai dengan lampu berkelipan terutamanya sekitar Bukit Bintang serta bangunan ikonik seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

— BERNAMA