Home English News Persiapan P.Pinang untuk sambutan Thaipusam paling meriah berjalan lancar

Persiapan P.Pinang untuk sambutan Thaipusam paling meriah berjalan lancar

1838
0
SHARE
Ad

GEORGE TOWN: Ketika ini para penganut Hindu di Pulau Pinang sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menampilkan sambutan Thaipusam paling meriah secara besar-besaran pada hari Sabtu ini.

Pengerusi Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Temple Pulau Pinang Datuk R. Subramaniam berkata persiapan hebat sedang dibuat memandangkan sambutan tahun ini jatuh pada hujung minggu, yang pasti akan menarik kehadiran ramai pengunjung, penganut Hindu, dan pelancong, berbanding sambutan tahun lepas.

Beliau berkata 90 peratus kerja-kerja persiapan telah dilaksanakan dan kini hanya tinggal beberapa sentuhan akhir sebelum segalanya dibereskan.

#TamilSchoolmychoice

“Sejak dua minggu lepas orang ramai sudah muncul di kuil ini untuk menyempurnakan nazar lebih awal, bagi mengelak kesesakan semasa hari sambutan Thaipusam,” katanya ketika ditemui di kuil berkenaan di sini.

Beliau berkata kira-kira sejuta pelawat mengunjungi kuil itu semasa sambutan Thaipusam selama seminggu tahun lepas, yang mencatatkan jumlah pembawa palkudam (susu belanga) dan ‘kavadi’ yang cukup besar.

“Kami jangka jumlah pelawat akan bertambah dengan ketara tahun ini, manakala pembawa palkudam dan kavadi juga dijangka bertambah 10 peratus berbanding tahun lepas,” katanya.

Beliau bagaimanapun menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan masing-masing semasa sambutan, terutama di tengah-tengah kebimbangan jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) outbreak.

“Sekiranya ada sebarang arahan dari Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) kepada pengurusan kuil, kita akan buat pengumuman kemudian, tapi buat masa ini tiada apa-apa maklumat atau arahan dibuat mengenainya,” tambahnya.

Bernama sempat membuat tinjauan di PHEB untuk melihat sendiri kerja-kerja pembinaan pedati emas untuk perarakan sempena Thaipusam kali ini.

Pesuruhjayanya Datuk P. Kuvenaraju berkata kerja-kerja pemasangan pedati emas yang baharu itu telah bermula sejak tujuh bulan lepas.

Beliau berkata sebaik sahaja disiapkan, ketinggian pedati emas itu boleh menjangkau sehingga kira-kira 22 kaki (6.71 meter), berbanding pedati sedia ada yang dimiliki kuil itu yang setinggi 14 kaki (4.27 meter).

“Kita belum siapkan hiasan pedati itu, beratnya dianggar sekurang-kurangnya lima tan,” katanya.

Kuvenaraju berkata pedati emar baharu itu akan membawa Vel (lembing) emas dari kuil Sri Maha Mariamman Temple, Queen Street sehingga ke kuil di sini pada malam Thaipusam.

— BERNAMA