Home English News Sebahagian kondomunium dalam pembinaan di Taman Desa Coalition runtuh!- Bomba

Sebahagian kondomunium dalam pembinaan di Taman Desa Coalition runtuh!- Bomba

865
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Sebahagian struktur kondomunium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Coalition, Jalan Klang Lama di sini, runtuh hari ini.

Setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata runtuhan dilapor kira-kira 3 petang.

#TamilSchoolmychoice

Sehingga ini belum dipastikan jumlah sebenar mangsa dan sama ada melibatkan kematian.

Hari ini, tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.

— BERNAMA